05 Oktober 2023 – YBrs. Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi, Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dijemput oleh Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) USIM untuk menyampaikan Taklimat My5G Ericsson Malaysia Pioneers Programme Sempena Taaruf Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2023/2024 pada 5 Oktober 2023 pukul 9.00 pagi di Dewan Tuanku Canselor.

MY5G Ericsson Malaysia Pioneers Programme
• Program latihan digital MY5G Ericsson Malaysia Pioneers Programme adalah merupakan salah satu program inisiatif Bahagian Hubungan Industri (BHI), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bekerjasama dengan Ericsson Malaysia bagi melaksanakan Program Pendedahan Awal Industri (P²AI) sebagai modul pengisian sesi minggu induksi pelajar.
• Program latihan digital ini merupakan platform pembelajaran dalam talian secara PERCUMA yang menawarkan modul-modul pembelajaran berdasarkan keperluan industri digital di Malaysia.
Objektif Program
• Meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi terutamanya mereka yang bukan daripada latar belakang teknikal mengenai teknologi terkini.
• Meningkatkan tahap kesediaan para pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan yang dipacu oleh ekonomi digital.