Pengenalan

Projek Buku Iltizam USIM 2020 di bawah Teras Strategik 5: Pengiktirafan, mencadangkan projek Penjenamaan Intelektual Awam USIM Menerusi Program ‘USIM Studio’.

Projek USIM Studio adalah bertujuan untuk menyediakan platform untuk mencungkil bakat serta mengetengahkan warga USIM sebagai figura awam. Projek ini membolehkan perkongsian maklumat berbentuk ilmiah daripada akademia USIM kepada orang awam dilakukan secara aktif dan teratur. Keseluruhan jadual lengkap program di bawah USIM online akan diletakkan dalam laman sesawang rasmi USIM dan laman sesawang USIM TV serta ditularkan melalui pelbagai sumber media sosial.

Intelektual awam juga akan diketengahkan dalam media utama seperti TV AlHijrah. Oleh itu, orang awam boleh mendapatkan maklumat program dengan mudah.

Perancangan awal bagi pelaksanaan tahun 2020 terpaksa dibawa ke tahun 2021 atas kekangan Pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak Mac 2020. Walaupun keadaan semasa masih belum pulih sepenuhnya, dengan kawalan melalui pematuhan SOP sedia ada yang digariskan oleh MKN dapat memastikan pelaksanaan projek ini berjalan dengan lancar.

TV AlHijrah dipilih sebagai platform bagi tujuan mengetengahkan figura USIM selari dengan imej TV AlHijrah yang membawa imej islamik. Selain itu, ia merupakan radio yang mempunyai banyak pendengar yang terdiri daripada kumpulan sasaran USIM dalam pelbagai aspek seperti bakal pelajar, dan juga orang awam yang memerlukan ilmu berkaitan agama Islam.

Tajuk Inovasi Naqli dan Aqli Bersama USIM dicadangkan kerana ia satu tajuk yang mudah di ingati, dan tidak lari daripada rancangan-rancangan TV AlHijrah sebelum dengan tajuk yang pendek dan telah mesra dengan halwa telinga pendengar. Dalam masa yang sama Inovasi juga merangkumi sifat ahli akademia dan cendekiawan yang sentiasa memikirkan kaedah baru bagi menyelesaikan masalah Ummah. Inisiatif ini juga adalah dalam rangka melahirkan intelektual awam yang berupaya memindahkan ilmu kepada khalayak awam dengan efektif. Sejajar dengan falsafah USIM, pendidikan berteraskan integrasi ilmu naqli dan aqli, Inovasi Naqli Aqli Bersama USIM akan sentiasa memastikan bahawa apa jua kemajuan dalam penyelidikan Sains (Aqli), ia sentiasa berteraskan ilmu wahyu (Naqli) sebagai panduan.