MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)
Memorandum Persefahaman (MoU) merujuk kepada suatu penyataan persefahaman dan hasrat pihak-pihak untuk bekerjasama antara satu sama lain dalam bidang-bidang tertentu tanpa mewujudkan suatu hubungan perundangan sesama mereka. Pihak-pihak tidak terikat kepada apa-apa obligasi, tanggungan atau liabiliti secara perundangan.
MEMORANDUM PERJANJIAN (MoA)
Memorandum Perjanjian (MoA) merujuk kepada keadaan di mana pihak-pihak bersetuju untuk mewujudkan suatu perhubungan perundangan sesama mereka dan berdasarkan kepada balasan satu atau beberapa janji yang dibuat oleh pihak yang satu lagi. Pihak-pihak adalah terikat kepada tanggungjawab-tanggungjawab, obligasi-obligasi dan liabiliti-liabiliti yang telah dipersetujui secara bersama. Memorandum Perjanjian (MoA) bertujuan untuk melaksanakan kerjasama-kerjasama yang telah dinyatakan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dan pihak-pihak bersetuju untuk mematuhi semua peruntukan yang dinyatakan dalam Memorandum Perjanjian (MoA) dan juga bersetuju untuk mengikat diri masing-masing dari segi undang-undang.
PENSTRUKTURAN SEMULA SKOP TUGAS MOA/MOU
MEMORANDUM PELAKSANAAN MESYUARAT JAWATANKUASA
PENGURUSAN UNIVERSITI KALI KE- 634 BIL.7/2017
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
TARIKH : 08 JAMADILAKHIR 1438H / 07 MAC 2017 (SELASA)
PERKARA | KEPUTUSAN | TINDAKAN |
---|---|---|
4.1 CADANGAN PENSTRUKTURAN SEMULA PUSAT TANGGUNGJAWAB PUSAT INOVASI, JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT |
|
MAKLUMAN AHLI PUU, PENGARAH PIJIM DAN PENGARAH USIM ‘ALAMIYYAH |
**disentralisasi skop tugas yang baharu ini berkuatkuasa mulai 1 Jun 2018.