11 hingga 12 September 2023 – Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi, Pengarah PLiMJI telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Awam (JK TTNC) Bil. 1/2023 bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Blok A, Bangunan Pentadbiran, UTHM Kampus Pagoh.

Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi KPT hari ini hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Awam (JK TTNC) Bil. 1/2023 yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Azlan Amran, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) USM.
Program anjuran ICRC dengan kerjasama JK TTNC turut dihadiri Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM dan ahli-ahli Mesyuarat JK TTNC di kalangan Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan Pengarah Jaringan Industri Universiti Awam.
Turut berlangsung Lawatan Makmal di UTHM Kampus Pagoh.