Peranan CICC menyantuni komuniti setempat dan dalam masa yang sama menjana konsep perniagaan adalah sesuatu yang boleh dipelajari oleh pelajar USIM dalam kedua-dua Libatsama Masyarakat dan Latihan Industri. Turut bersama dalam lawatan ialah Tuan Zulkarnain Hasan Basri, CEO Nippon Muslim Corporation sebagai pemudahcara.