09 hingga 11 Oktober 2023 – Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi, Pengarah PLiMJI, Pn. Roziehan Talib, Pen. Pendaftar PLiMJI  dan Puan Anis Janani Anuar, Pegawai Teknologi Makluman, SDEC menyertai Bengkel Pembangunan Dashboard Data Hubungan Industri Siri 1 /2023 bertempat di MTREE Hotel Puchong, Selangor. Acara ini telah dirasmikan oleh Bhg. Dato’ Mohd Shahril Abdullah, Pengarah Bahagian Industri, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Centre for Industry Relations and Networks-CiRNeT dengan bangganya menjadi penganjur dan urusetia bengkel ini.

Sebanyak 16 pengarah dan wakil pejabat jaringan industri universiti awam turut memeriahkan acara ini. Inisiatif ini bertujuan untuk memajukan hubungan industri dalam kalangan universiti awam melalui penggunaan teknologi dan analisis data yang efektif. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong dan menyumbang kepada kejayaan bengkel ini. Semoga inisiatif ini akan memperkukuhkan lagi kerjasama antara universiti awam dan industri, membawa impak yang positif kepada perkembangan industri negara kita