Souq Hurrah

/Souq Hurrah
Souq Hurrah 2020-07-08T16:43:03+00:00

Souq Hurrah

Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri (PLiMJI) telah menganjurkan aktiviti kemasyarakatan menerusi  Program “Souq Hurrah”. Menerusi kempen ini Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri (PLiMJI) bekerjasama dengan Pusat Isam USIM untuk menawarkan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada masyarakat yang kurang berkemampuan. Barang-barang tersebut boleh diambil dari rak terbuka yang diletakkan di ruang khas di Pusat Islam USIM.

Justeru sumbangan ikhlas daripada semua warga USIM diperlukan untuk merealisasikan Program “Souq Hurrah” ini. Kempen buat baik bersama ini diwar-warkan kepada seluruh warga USIM bagi menyumbangkan satu barang/item seorang sahaja.Tiada urusan jual beli dan penerima boleh mengambil barangan dengan percuma.

JENIS SUMBANGAN KAEDAH PERLAKSANAAN
  • Barangan keperluan dapur (minyak masak/ gula/ beras/ dll)
  • Barangan tin (sardin/ susu cair/ dll)
  • Makanan bayi (nestum/ susu/ dll)
  • Barangan bayi (pampers/ botol susu/ dll)
Kesemua jenis barangan disumbangkan hendaklah dalam keadaan elok