22 Ogos 2022 -Terima kasih diucapkan kepada Lembaga Tabung Haji di atas kesudian menerima kunjungan dari Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) USIM, bagi membincangkan berkaitan pelaksanaan aktiviti dan sangkutan kakitangan untuk program “CEO@Faculty 1.0, Learns From The Pros” pada 22 Ogos 2022, Isnin di Menara Tabung Haji, KL. Delegasi dari PLiMJI, di antaranya adalah Prof. Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor, Pengarah PLiMJI, Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Fared Abdul Khir, Timbalan Pengarah PLiMJI dan Dr. Mohd Ifwat Mohd Ghazali, Penyelaras PLiMJI.Semasa kunjungan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan, di antaranya ialah mengenai cadangan aktiviti yang mana akan melibatkan beberapa pusat tanggungjawab dan fakulti di USIM. Selain itu, PLiMJI juga menyasarkan beberapa projek kerjasama dengan Lembaga Tabung Haji yang mana Penglibatan Universiti, Industri dan Masyarakat.