29 Ogos 2022 – PLiMJI amat berbesar hati dan mengalu-alukan kunjungan dari Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak PPUKM (CAKNE) yang diketuai oleh YBrs Tuan Haji Mohd Shah Awaluddin selaku Pengarah Eksekutif dan wakil-wakil yang lain.CAKNE merupakan sebuah persatuan kebajikan yang terlibat dalam membantu dan menyokong keluarga yang mempunyai anak-anak yang menghidapi kanser dari setiap sudut terutama dari segi sokongan kewangan dan emosi.Pertemuan dua hala ini membincangkan kerjasama dalam penganjuran acara besar seperti kayuhan amal, CAKNE Gold Ribbon Ride (CGRR) dan penyertaan bersama dalam penganjuran aktiviti untuk bekas atau pesakit kanser serta keluarga.