Pengenalan Pas Komuniti, OKU Dan Industri USIM

USIM telah ditubuhkan sejak tahun 2000, dan sudah berusia hampir 18 tahun, namun impak kepada masyarakat setempat tidak begitu ketara dan dirasai. Merujuk kepada  lirik Lagu USIM, “Berjasa dan Berbudi kepada semua”, dimana ia harus melibatkan masyarakat.  USIM berhasrat menjuarai aktiviti kemasyarakatan bagi mendekatkan USIM dengan pihak masyarakat / komuniti.

Sehubungan itu USIM telah meluluskan pengeluaran pas keselamatan sementara kepada mentor industri, warga OKU dan komuniti setempat. Mesyuarat JKPU Bil 36/2017 bertarikh 28 November 2017 menetapkan agar satu pas kampus dapat disediakan kepada mentor industri, warga OKU dan komuniti setempat bagi menjadikan kampus USIM lebih mesra masyarakat tanpa mengabaikan aspek keselamatan.

Kad yang dikeluarkan dapat memudahkan orang awam yang berdaftar untuk berurusan dengan pihak Universiti dan memasuki kawasan kampus. Ini juga dapat mengurangkan proses pendaftaran di Pintu Masuk Utama.

Ia berkaitan dengan 7i iaitu i yang ke-5 “I” hubungan atau interaksi universiti pada peringkat antarabangsa dan tempatan serta “I” yang ke 7 i-impak terhadap ummah dimana untuk impak kepada ummah sebenarnya adalah untuk mendidik ahlinya supaya dapat menjaga hubungan sesama manusia yang perlu ada dalam pembangunan Islam. USIM tidak hanya memfokuskan kepada pembangunan universiti sahaja, tetapi juga perlu membentuk ikatan hati antara universiti dengan masyarakat luar.

Borang Pas Keselamatan Komuniti