TOR Universiti (Penganjur)

/TOR Universiti (Penganjur)
TOR Universiti (Penganjur) 2020-01-14T16:59:56+00:00

TOR Universiti (Penganjur)

PERANAN UNIVERSITI PENGANJUR

  1. Setiap universiti penganjur dipohon untuk mengadakan sesi pertemuan dengan CEO untuk membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan pelaksanaan CEO Faculty Programme. Semua Naib Canselor disarankan untuk mengetuai pertemuan ini.
  2. Bertanggungjawab menyediakan kemudahan video conferencing/ live telecast semasa sesi pembelajaran bagi memberikan liputan lebih meluas kepada mahasiswa di universiti lain.
  3. Kesemua bahan syarahan atau rakaman video untuk CEO haruslah dibuat simpanan sebagai rujukan untuk diguna pakai oleh pihak universiti dan para pelajar pada masa hadapan.
  4. Melaksanakan case studies bagi CEO yang terlibat dengan pihak universiti.
  5. Setiap CEO akan dilantik sebagai National Adjunct Professor. Pihak universiti akan memberikan honorarium kepada CEO berdasarkan skim pembayaran universiti sedia ada, terma-terma yang telah dipersetujui di antara kedua-dua belah pihak atau garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat/industri sendiri.
  6. Menyediakan subjek pembelajaran kepada setiap CEO untuk semester yang berkaitan.
  7. Menyediakan kemudahan kemasukan ke perpustakaan universiti awam kepada CEO.
  8. Semasa kehadiran CEO di universiti, pihak universiti disyorkan untuk merencanakan aktiviti-aktiviti percambahan ilmu seperti syarahan umum, forum, seminar, khidmat nasihat, kursus kepimpinan, sesi inovasi, sesi motivasi dan pelbagai aktiviti lain yang bersesuaian.
  9. Memastikan pihak CEO memenuhi peruntukan pengajaran 20 hingga 30 jam setahun dan sentiasa mengemas kini dalam buku log.
  10. Dicadangkan sesi pengajaran seperti di bawah. Namun ia adalah tertakluk atas persetujuan bersama CEO dan pihak universiti.
Sesi 1 2 hingga 3 jam Pengenalan
Sesi 2 2 hingga 3 jam Kajian Kes
Sesi 3 2 hingga 3 jam Sambungan kes kajian
Sesi 4 2 hingga 3 jam Rumusan