Program Jelajah Masyarakat

/Program Jelajah Masyarakat
Program Jelajah Masyarakat 2020-09-04T09:42:34+00:00

Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri (PLiMJI) juga telah melaksanakan Program Jelajah Masyarakat di Rembau dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Angkatan NGO-NGO Malaysia (MAPAN). Forum dan Ekspo MAPAN ini dianjurkan secara bersama oleh Sekretariat MAPAN dan Pertubuhan Masyarakat Integriti Malaysia (PMIM) yang bergiat bukan sahaja dalam aspek keusahawanan malahan menjayakan program-program pembinaan modal insan dan pembangunan masyarakat ke arah mewujudkan masyarakat mampan yang mengamalkan budaya hidup yang mampan (sustainable) serta pemeliharaan alam.

Jelajah Forum & Ekspo Mampan Negeri Sembilan 2018 ini diterajui secara bersama oleh :

  • Kelab Rakan Inspirasi Sejagat (KERIS)

  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

  • Pertubuhan Masyarakat Integriti Malaysia (PMIM)

  • Pelbagai Jabatan Kerajaan di Negeri Sembilan