Program Kerjasama Francais

Program Kerjasama IPTA / IPTS merupakan suatu kaedah membenarkan IPTS menawarkan program akademik IPTA di premis mereka. Program akademik yang akan diberi keutamaan adalah diperingkat Diploma, manakala bagi peringkat ijazah pula hanya program-program tertentu sahaja yang boleh dilaksanakan setelah mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi. Bagi program ijazah IPTA ianya hendaklah merupakan program yang telah mantap iaitu program yang telah menghasilkan sekurang-kurangnya kumpulan pertama graduan. Program Kerjasama yang hendak dijalankan mestilah mencapai standard minima seperti yang telah ditetapkan oleh MQA bagi program pengajian yang ditawarkan. Pengendalian Program Kerjasama hendaklah dikawalselia oleh unit khas yang diwujudkan di IPTA. Setiap permohonan untuk Program Kerjasama hendaklah berpandukan kepada format yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.