Soalan Lazim Latihan Industri

1. Bagaimana permohonan latihan industri bagi pelajar di bawah tajaan?

Pelajar tidak perlu membuat permohonan LI melalui e-LI. Pastikan pelajar mendapat surat pengesahan penempatan LI di tempat penaja dan diserahkan kepada PHIP untuk rekod.

2. Bolehkah pelajar memohon latihan industri di tempat lain secara sendiri?

Boleh, tetapi sekiranya pelajar turut membuat permohonan melalui sistem e-LI dan menerima tawaran daripada organisasi yang dipohon melalui sistem, pelajar WAJIB menerima tawaran organisasi tersebut (yang dipohon melalui sistem).

3. Bolehkan pelajar menjalani latihan di USIM?

Pelajar tidak dibenarkan untuk menjalani latihan industri di USIM. Terdapat lebih 3000 buah organisasi di dalam database e-LI yang telah disyorkan oleh Fakulti masing-masing.

4. Mengapakah ada paparan 'Replace New Code by PHIP' di status permohonan pelajar?

Paparan tersebut secara automatik dijana oleh sistem apabila terdapat pertindihan maklumat organisasi. Ini adalah tindakan untuk PHIP dan pelajar tidak perlu membuat apa-apa tindakan.

5. Bagaimanakah prosedur pelajar membuat permohonan bagi latihan industri di luar negara?

Pelajar perlu berurusan dengan Pusat Perhubungan Antarabangsa (PPA) bagi mendapatkan maklumat peluang LI di luar negara. Semua urusan berkaitan diuruskan oleh PPA.

6. Mengapakah gambar pelajar tidak dapat di’upload’ ke dalam sistem?

Pastikan saiz fail gambar yang hendak di’upload’ tidak melebihi 500KB.

7. Perlukah pelajar mencetak resume dan surat untuk hantar ke PHIP?

Tidak, cetakan resume dan surat akan dilakukan oleh pihak PHIP.

8. Bagaimanakah status pelajar yang perlu membuat penangguhan LI bagi semester depan?

Pelajar yang perlu membuat penangguhan LI mesti memaklumkan perkara tersebut dengan segera kepada KP dan pejabat Fakulti supaya pelajar tidak dianggap GAGAL apabila tidak menjalani LI pada semester tersebut. Permohonan khas akan dibuat oleh PHIP untuk pelajar tersebut dengan surat pengesahan daripada KP.

9. Adakah pelajar akan menerima elaun semasa LI?

Elaun adalah bergantung kepada budibicara pihak organisasi LI. Mereka TIDAK WAJIB untuk menyediakan elaun kepada pelajar. Pelajar juga TIDAK BOLEH memohon elaun LI daripada USIM.

10. Bagaimana sekiranya tiada tawaran penempatan LI oleh ketiga-tiga permohonan yang dibuat?

Pelajar perlu membuat permohonan baru dan proses adalah sama seperti permohonan pertama.

11. Bagaimanakah sekiranya pelajar ingin membuat penukaran tempat LI setelah melapor diri?

Pelajar TIDAK DIBENARKAN menukar tempat setelah melapor diri tanpa alasan yang kukuh. Sekiranya pelajar mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, prosedur permohonan pertukaran adalah seperti berikut:




12. Bagaimanakah pemilihan penempatan organisasi yang sesuai untuk pelajar?

Pelajar perlu berjumpa KP untuk mendapatkan nasihat jenis organisasi yang sesuai dengan bidang pelajar.

13. Siapakah referee yang sesuai?

Mereka yang boleh memberi maklumat kepada bakal organisasi LI. Cth: Pensyarah, Kaunselor, Tutor, Majikan terdahulu – pastikan pelajar mendapat persetujuan mereka sebelum dimasukkan ke dalam ruangan sebagai Referee.

14. Berapakah had permohonan bagi setiap pelajar?

Hanya tiga (3) permohonan ke organisasi yang disahkan oleh KP akan diproses oleh PHIP.

15. Berapakah had permohonan bagi setiap organisasi?

Permohonan dibuka bagi 5 pemohon sahaja. Walaubagaimanapun permohonan boleh dibuka semula sekiranya ada maklumat daripada organisasi yang menerima permohonan LI yang tidak terhad.

16. Siapakah yang pelajar perlu hubungi sekiranya menghadapi masalah di organisasi LI?

Pelajar perlu menghubungi KP dengan segera supaya masalah tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin.

17. Apakah yang dimaksudkan 'Print Letter by PHIP'?

'Print Letter by PHIP' bermaksud surat dan resume pelajar telah dicetak oleh pihak PHIP dan dipos kepada organisasi tersebut. Kaedah penghantaran adalah menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia. Sekiranya pelajar ingin menghantar menerusi e-mail, sila dapatkan salinan surat daripada PHIP dan 'scan' serta hantar menggunakan e-mail peribadi pelajar.

18. Adakah pelajar menjalani latihan industri boleh mendapatkan sebarang CUTI?

Pelajar yang menjalani latihan industri tidak diberikan cuti rehat kerana pelajar perlu memenuhi tempoh latihan industri tersebut seperti yang telah ditetapkan tidak termasuk cuti umum atau cuti peristiwa yang dbuat oleh organisasi tersebut. Pengambilan cuti sakit adalah tidak digalakkan melainkan terdapat kes-kes kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

19. Bolehkan saya mem