Syarat Latihan Industri di USIM

Disiplin:

Pelajar adalah bertanggungjawab sepenuhnya kepada jabatan di mana pelajar ditempatkan. Ini bermakna bahawa pelajar mestilah mematuhi masa bekerja dan segala peraturan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sama seperti kakitangan yang lain sepanjang menjalani Latihan Industri.


Cuti:

Pelajar tidak dibenarkan mengambil cuti sewaktu menjalani Latihan Industri kecuali dengan kelulusan daripada pihak Jabatan di mana pelajar telah ditempatkan dan juga percutian yang ditetapkan oleh Institusi di mana pelajar tersebut berdaftar.


Lain-lain Peraturan:

  1. Pelajar perlu sentiasa menjaga nama baik Universiti Sains Islam Malaysia;

  2. Pelajar ditegah dari membocorkan rahsia atau memberi sebarang maklumat atau sebarang perkara berkaitan dengan jabatan atau universiti di mana pelajar ditempatkan atau maklumat lain yang diperoleh semasa menjalani Latihan Industri ataupun sesudahnya;

  3. Pelajar juga dikehendaki untuk menandatangani Borang Aku Janji sewaktu mendaftar diri di USIM;

  4. Pelajar tidak boleh merosakkan atau menyalahgunakan sebarang harta kepunyaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM);

  5. Jika seseorang pelajar didapati melanggar peraturan ini, ataupun mengabaikan tugasnya atau melakukan sebarang kesalahan yang menyalahi peraturan USIM, tindakan yang sewajarnya boleh dikenakan terhadap beliau.

  6. Pelajar wajib berpakaian kemas dan sesuai dengan keadaan serta mematuhi etika pakaian yang telah ditetapkan oleh USIM. Pelajar perlu menandatangani borang Etika Kerja/Pakaian di USIM semasa melapor diri;

  7. Pelajar perlu memaklumkan dengan segera sekiranya tidak dapat hadir kepada Ketua Jabatan tempat pelajar ditempatkan sekiranya cuti sakit atau kecemasan;

  8. Pelajar juga perlu memaklumkan kepada Ketua Jabatan sekiranya sampai lewat ke tempat kerja kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan; dan

  9. Pelajar perlu mematuhi segala arahan yang diberikan oleh Ketua Jabatan atau pihak Pengurusan Universiti dari semasa ke semasa.