Latihan Industri Pelajar Luar

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) seringkali menerima permohonan dari pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di pelbagai peringkat pengajian untuk menjalani Latihan Industri. Penempatan Latihan Industri ini merupakan satu pendidikan dan memberikan peluang kepada pelajar untuk mempelajari pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan amalan kerja seharian dalam dunia pekerjaan.

Pusat Hubungan Industri & Pengkomersialan (PHIP) dengan kerjasama Bahagian Modal Insan (BMI), Jabatan Pendaftar telah dipertanggungjawabkan bagi menguruskan penempatan pelajar-pelajar berkenaan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Urusan penempatan pelajar ini dibuat berdasarkan permohonan dan bidang pengkhususan pelajar serta mengambilkira keperluan sumber manusia di jabatan yang dipohon. Justeru BMI akan memastikan bahawa setiap jabatan akan memberikan senarai tugas yang dirancang untuk diberikan kepada pelajar-pelajar ini sebelum mereka melapor diri di USIM.