Latihan Industri

Program tersebut juga akan melengkapkan pelajar dengan pengalaman kerja yang sebenar. Penempatan pelajar di industri juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan mereka kerana kemungkinan mereka akan ditawarkan kerja di tempat yang sama. Dengan itu, pengalaman latihan akan memantapkan aktiviti dan proses pembelajaran di kampus di samping membekalkan pelajar dengan pengalaman pekerjaan yang berkaitan.

Penempatan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di syarikat industri juga adalah sebahagian daripada usaha untuk merapatkan jurang antara pihak akademik dan industri. Maklumbalas yang diterima dari pihak syarikat dapat digunakan untuk memperbaiki kurikulum pengajian yang sedia ada.

Secara ringkasnya, terdapat enam (6) objektif utama bagi pelaksanaan program Latihan Industri seperti yang berikut :

  1. Memberikan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari kepada situasi pekerjaan yang sebenar.
  2. Memberikan peluang untuk belajar secara praktikal dari pengamal dalam bidang yang dipelajari oleh pelajar.
  3. Memberikan pelajar pengalaman bekerja sambil belajar dalam bidang pilihan mereka.
  4. Mendedahkan pelajar kepada persekitaran kerja, amalan dan peluang pekerjaan, etika kerja di bidang yang berkaitan.
  5. Mengasah kemahiran insaniah yang sesuai dengan keperluan kerja.