Penempatan CEO@Faculty

/Penempatan CEO@Faculty
Penempatan CEO@Faculty 2020-01-14T16:56:56+00:00

Penempatan CEO@Faculty

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan program Academia-Industry Talent Exchange Programme (AIxCHANGE):CEO@Faculty Programme bagi menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan dan kepakaran yang boleh dimanfaat secara bersama antara pihak akademia dan industri. Pihak KPM telah menetapkan USIM sebagai Universiti penganjur bagi 3 orang Tokoh Industri yang terpilih.

Fakulti yang ditempatkan akan melantik mereka sebagai Profesor Adjung Kebangsaan bagi menjayakan CEO@Faculty Programme (CEO FP) tersebut. Pelantikan adalah mengikut Skim Lantikan Kakitangan Akademik (SLAK) USIM yang sedia ada.

Pihak pengurusan universiti telah bersetuju untuk menempatkan CEO FP sebagaimana berikut :-

Bil Nama CFP Jawatan Penempatan
1 YBhg Datuk Dr Syed Muhammad Syed Abdul Kadir Pengerusi Sunlife Malaysia Fakuti Ekonomi & Muamalat (FEM)
2 YBhg Datuk Dr Md Hamzah Bin Md Kassim Pengerusi Hong Leong Islamic Bank Fakulti Kepimpinan & Pengurusan
3 YBrs En Azmir Bin Jaafar Pengarah Urusan McDonalds Malaysia Fakulti Sains & Teknologi

Walaubagaimanapun, semua CEO FP ini boleh dimanfaatkan bersama oleh semua fakulti untuk keperluan pengajaran dan pembelajaran pelajar serta pembangunan staf. Pengurusan CEO FP bagi selain program di Fakulti yang ditempatkan adalah di bawah PLiMJI.