Panduan MOA/MOU

/Panduan MOA/MOU
Panduan MOA/MOU 2020-01-14T15:34:19+00:00

PANDUAN  KERJASAMA USIM DAN AGENSI LUAR MENERUSI (A) LETTER OF INTENT (LOI) (B) MEMORANDUM OF UNDERSTANDING (MOU) (C) MEMORANDUM OF AGREEMENT (MOA)

Surat Niat/Letter of Intent (LOI)

Suatu nota asas/suratcara/dokumen yang mempunyai butiran-butiran yang sama-sama termaklum  oleh pihak-pihak terhadap sesuatu perkara.  Ianya nota asas/dokumen yang tidak mengikat pihak-pihak dari segi undang-undang. Kebiasaannya, LOI ditandatangani oleh Pihak-Pihak pada peringkat awal perhubungan dan hubungan kerjasama baru hendak diwujudkan . LOI dimeterai di antara Universiti atau Fakulti/Pusat/Jabatan dengan agensi luar untuk sesuatu tujuan yang umum. Ianya tidak memerlukan kelulusan JKPU/Senat/LPU.  Walaubagaimanapun, Fakulti/Pusat/Jabatan perlu memaklumkan PLiMJI/USIM Alamiyah untuk tujuan rekod LOI dan JUU untuk semakan perundangan (jika menggunakan format lain/agensi luar).

Memorandum Persefahaman / Memorandum of Understanding (MOU)

Suatu nota asas/suratcara/dokumen yag mempunyai butiran-butiran yang sama-sama termaklum  oleh pihak-pihak terhadap sesuatu perkara. Ia juga merujuk kepada suatu pernyataan persefahaman dan hasrat pihak-pihak untuk bekerjasama antara satu sama lain dalam bidang-bidang tertentu tanpa mewujudkan suatu hubungan perundangan sesama mereka. Pihak-pihak tidak terikat kepada apa-apa obligasi, implikasi kewangan, tanggungan atau liabiliti secara perundangan. MOU dimeterai antara USIM dan agensi luar dan ditandatangani oleh Naib Canselor atau pegawai yang diwakilkannya secara bertulis dan disaksikan oleh Pendaftar atau pegawai yang diwakilkannya secara bertulis . MOU hendaklah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti. Fakulti/Pusat/Jabatan perlu mengemukakan permohonan mengadakan MOU melalui PLiMJI (MOU tempatan) dan USIM Alamiyah (MOU antarabangsa) dan mendapatkan perakuan semakan perundangan dari JUU.

Memorandum Perjanjian/Memorandum of Agreement (MOA)

MOA ialah suratcara yang mewujudkan ikatan undang-undang di antara kedua belah pihak berdasarkan kepada balasan atau beberapa janji yang dibuat. Pihak-pihak adalah terikat kepada tanggungjawab-tanggungjawab, obligasi-obligasi dan liabiliti-liabiliti yang telah dipersetujui secara bersama. Ini bermaksud sebarang perlanggaran terma dalam MOA akan membolehkan pihak yang satu lagi mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat perlanggaran tersebut. MOA dimeterai antara USIM dan agensi luar dan ditandatangani oleh Naib Canselor dan disaksikan oleh Pendaftar. MOA hendaklah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Senat (jika berkaitan dengan hal-ehwal akademik) dan LPU. Fakulti/Pusat/Jabatan perlu mengemukakan permohonan mengadakan MOA melalui PLiMJI dan mendapatkan perakuan semakan perundangan dari JUU.