Latihan Industri (Pelajar USIM)

/Latihan Industri (Pelajar USIM)
Latihan Industri (Pelajar USIM) 2020-07-10T10:07:12+00:00

Objektif Latihan Industri

Latihan Industri bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk :-

  • Mendapat pengalaman praktikal yang sesuai dengan bidang pengkhususan masing-masing.
  • Meningkatkan kemahiran berkomunikasi di pelbagaiperingkat di organisasi.
  • Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan yang sebenar.
  • Mengamalkanetika profesional dalam bidang masing-masing.
  • Mempertingkatkan kebolehpasaranpelajar supaya lebih berdaya saing.

Definisi Latihan Industri

Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan pratikal yang diselia dalam industri yang dipilih, sama ada di luar ataupun di dalam negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Pengenalan

Latihan Industri (LI) memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan teori yang dipelajari kepada situasi sebenar di alam pekerjaan. Selain itu, mereka dapat menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasaran graduan. Garis panduan ini disusun bertujuan untuk memudahkan para pelajar, penyelia dan pihak Organisasi memahami peranan masing-masingdalam melaksanakanLI

Peraturan Latihan Industri

Semasa menjalani LI, pelajar adalah tertakluk kepada peraturan Universiti serta peraturan Organisasi yang dipilih.

Syarat Layak Menjalani Latihan Industri

    • Pelajar layak menjalani LI tertakluk kepada program pengajian masing-masing
    • Pelajar yang mendapat kelulusan Dekan Fakulti.

Tempoh LI

Tempoh Latihan Industri (LI) bergantung kepada struktur program pengajian masing-masing dan tertakluk kepada kelulusan Universiti mengikut syarat yang ditetapkan setiap program pengajian (cth:  program Sarjana Muda Perakaunan perlu mengikut keperluan Malaysian Institute Accountant (MIA) iaitu menjalani LI selama minimum 24 minggu)

Pelajar diwajibkan menjalani LI dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya tempoh LI pelajar tidak mencukupi, pelajar dikehendaki menambah masa LI yang diperlukan tertakluk kepada persetujuan majikan dan USIM.

Sekiranya pihak organisasi memerlukan perlanjutan tempoh LI atau memerlukan pelajar mendaftar lebih awal dari tarikh yang ditetapkan, pihak organisasi hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada USIM.

Sekiranya berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan semasa tempoh menjalani LI, pelajar layak mendapat kemudahan perlindungan insuran seperti yang ditetapkan oleh USIM.