Latihan Industri (Pelajar Luar)

/Latihan Industri (Pelajar Luar)
Latihan Industri (Pelajar Luar) 2020-09-07T09:49:39+00:00

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) seringkali menerima permohonan dari pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di pelbagai peringkat pengajian untuk menjalani Latihan Industri. Penempatan Latihan Industri ini merupakan satu pendidikan dan memberikan peluang kepada pelajar untuk mempelajari pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan amalan kerja seharian dalam dunia pekerjaan.

Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar telah dipertanggungjawabkan bagi menguruskan permohonan penempatan pelajar-pelajar dari luar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Urusan penempatan pelajar ini dibuat berdasarkan permohonan dan bidang pengkhususan pelajar serta mengambilkira keperluan sumber manusia di jabatan yang dipohon. Justeru BSM akan memastikan bahawa setiap jabatan akan memberikan senarai tugas yang dirancang untuk diberikan kepada pelajar-pelajar ini sebelum mereka melapor diri di USIM.

Tempoh Latihan Industri (LI) bergantung kepada struktur program pengajian masing-masing dan tertakluk kepada kelulusan Universiti mengikut syarat yang ditetapkan setiap program pengajian (cth:  program Sarjana Muda Perakaunan perlu mengikut keperluan Malaysian Institute Accountant (MIA) iaitu menjalani LI selama minimum 24 minggu)

Pelajar diwajibkan menjalani LI dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya tempoh LI pelajar tidak mencukupi, pelajar dikehendaki menambah masa LI yang diperlukan tertakluk kepada persetujuan majikan dan USIM.

Sekiranya pihak organisasi memerlukan perlanjutan tempoh LI atau memerlukan pelajar mendaftar lebih awal dari tarikh yang ditetapkan, pihak organisasi hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada USIM.

Sekiranya berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan semasa tempoh menjalani LI, pelajar layak mendapat kemudahan perlindungan insuran seperti yang ditetapkan oleh USIM.