Jalinan Kerjasama

/Jalinan Kerjasama
Jalinan Kerjasama 2020-01-14T15:30:38+00:00

Pengenalan

MOU

Memorandum persefahaman merujuk kepada suatu penyataan persefahaman dan hasrat pihak-pihak untuk bekerjasama antara satu sama lain dalam bidang-bidang tertentu tanpa mewujudkan suatu hubungan perundangan sesama mereka. Pihak-pihak tidak terikat kepada apa-apa obligasi, tanggungan atau liabiliti secara perundangan.

MOA

Memorandum perjanjian merujuk kepada keadaan di mana pihak-pihak bersetuju untuk mewujudkan suatu perhubungan perundangan sesama mereka dan berdasarkan kepada  balasan satu atau beberapa janji yang dibuat oleh pihak yang satu lagi. Pihak-pihak  adalah terikat kepada tanggungjawab-tanggungjawab, obligasi-obligasi dan liabiliti-liabiliti yang telah dipersetujui secara bersama. MoA bertujuan untuk melaksanakan  kerjasama-kerjasama yang telah dinyatakan melalui MoU dan pihak-pihak bersetuju untuk mematuhi semua peruntukan yang dinyatakan dalam MoA dan juga  bersetuju untuk mengikat diri masing-masing dari segi undang-undang.

PENSTRUKTURAN SEMULA SKOP TUGAS MOA/MOU

MEMORANDUM PELAKSANAAN MESYUARAT JAWATANKUASA

PENGURUSAN UNIVERSITI KALI KE- 634 BIL.7/2017

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

TARIKH : 08 JAMADILAKHIR 1438H / 07 MAC 2017 (SELASA)

PERKARA KEPUTUSAN TINDAKAN
4.1 CADANGAN PENSTRUKTURAN SEMULA PUSAT TANGGUNGJAWAB PUSAT INOVASI, JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT
  • Mensyuarat mengambil perhatian berhubung cadangan penstrukturan semula PTJ PIJIM.
  • Mesyuarat bersetuju dengan ketetapan berikut
    • MoU dalam negara akan dipusatkan di PIJIM
    • MoU luar negara akan dipusatkan di USIM ‘Alamiyyah
    • MoU akan disentralisasikan mengikut peneraju MoA berkenaan
  • Mesyuarat turut membuat ketetapan pelaporan bagi MoU/MoA di JKPU masih di bawah tanggungjawab PIJIM.
MAKLUMAN AHLI PUU, PENGARAH PIJIM DAN PENGARAH USIM ‘ALAMIYYAH

**disentralisasi skop tugas yang baharu ini berkuatkuasa mulai 1 Jun 2018.