Latar Belakang

 
Pusat Hubungan Industri dan Pengkomersialan (PHIP) telah ditubuhkan pada Mac 2010 (sebelum ini dikenali sebagai Pusat Hubungan Industri dan Khidmat yang ditubuhkan pada 1 Ogos 2008). PHIP mempunyai dua portfolio utama iaitu Hubungan Industri dan Perundingan dan Pengkomersialan. Ia ditubuhkan di atas dasar di mana hubungan Universiti-Industri kini telah menjadi satu kemestian di universiti-universiti di mana kumpulan kecil di universiti memulakan kerjasama strategik dengan industri dan akhirnya diformalisasikan kepada yang lebih mantap.
 
Aktiviti perhubungan industri dilihat sebagai pelaburan strategik yang mampu menjana pulangan dan impak bagi meningkatkan keuntungan pada pihak syarikat dan pada masa yang sama menambah dana universiti berkonsepkan sama-sama untung (win-win situation)

Sementara portfolio perundingan dan pengkomersialan pula memfokus kepada penyediaan pakar runding dalam semua bidang yang terdapat di USIM dan juga mengkomersilkan hasil-hasil penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik USIM. Fokus utama PHIP ialah menjana pendapatan universiti seperti mana yang diarahkan Kementerian Pengajian Tinggi supaya universiti menjana pendapatannya sendiri sebanyak 30% menjelang 2015.