ALUAN PENGARAH

السلام عليكم ورحمة الله  وبركا ته

Assalamualaikum WBT., Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah. tahun 2012 telah berlalu meninggalkan kita dengan sebuah dimensi perubahan dan persekitaran  yang penuh cabaran dan kompleks. Namun, tahun 2012 juga menyaksikan pelbagai aktiviti Perundingan, Hubungan Industri dan Pengkomersialan dapat dilaksanakan.

Rentetan sepanjang tahun 2012 PHIP telah memancang asas-asas yang kukuh bagi menentukan keseluruhan potensi dan sumber Universiti-Industri supaya mampu dirangsang serta diaturgerakkan untuk mencapai penjanaan pendapatan sendiri sebanyak 30% menjelang 2015.

Perjalanan PHIP dilengkapi dengan wahana-wahana panduan pentadbiran bermula dengan jaringan hubungan industri yang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama yang lebih erat antara pihak akademi dan pihak industri. Jalinan kerjasama ini diperkukuhkan lagi dengan termeterainya perjanjian MoA mahupun MoU. Penempatan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia di syarikat industri juga adalah sebahagian daripada usaha untuk merapatkan jurang antara pihak akademik dan industri. Maklumbalas yang diterima dari pihak syarikat dapat digunapakai bagi memperbaiki kurikulum pengajian yang sedia ada.

Selain itu, kerja-kerja perundingan, pengurusan harta intelek serta penawaran program pengajian samada secara kerjasama, jarak jauh mahupun sepanjang hayat dilihat selari dengan visi PHIP iaitu “Penggerak hadhari yang dinamik, cemerlang dan membawa manfaat kepada Ummah”

Segala yang kita rancang dan mahu laksanakan tidak akan menemui kejayaan tanpa sokongan seluruh warga USIM. Sebagai tanda kesyukuran akan nikmat kemudahan yang disediakan di bumi USIM yang bertuah ini, tidak ada yang lebih baik daripada menggunakan hayat dan tenaga kita serta peluang untuk bekerja dan berusaha supaya kita akan dapat menikmati lebih banyak nikmat, di samping berdoa kepada Tuhan dan beramal ibadat.

Selaras dengan semangat Tahun Baru marilah kita semua mempertingkatkan azam untuk membawa PHIP dan USIM khasnya ke mercu kejayaan yang lebih tinggi. Insya-Allah dengan usaha yang lebih gigih, disiplin yang tinggi serta berpegang kepada nilai-nilai hidup yang murni, USIM akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun hadapan.

Selamat melayari laman web PHIP dan semoga tahun 2013 akan merupakan satu lagi tahun yang cemerlang bagi kita semua.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmattullahi wabarakatuh.

Wassalam

Profesor Madya Dr. Awangku Abdul Rahman Hj. Awangku Yusuff
Pengarah
Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri (PLMJI)
Universiti Sains Islam Malaysia