• LATAR BELAKANG

    Program Kebolehpasaran Graduan atau Graduate Employability (GE) diadakan untuk meningkatkan kebolehpasaran yang dikeluarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan khususnya pelajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini adalah betujuan bagi melengkapkan siswazah dengan nilai tambah agar lebih marketable dan employable di dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa, sekaligus mengurangkan masalah pengangguran dikalangan graduan lepasan universiti


    Pada tahun 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan The National Graduate Employability Blueprint (GEB) 2012-2017 sebagai panduan halatuju (guiding principle) untuk membantu institusi pengajian tinggi (IPT) merangka strategi melahirkan modal insan yang dapat memenuhi permintaan ekonomi sejajar dengan perubahan landskap negara. GEB menjadi panduan kepada pelaksanaan Program dan pemantauan GE di peringkat KPM dan IPT.

    Dana Kebolehpasaran Graduan (Graduate Employability;GE) merupakan salah satu inisiatif bagi memastikan pelajar diberi nilai tambah kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian bagi memastikan pelajar mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian.

    Mulai tahun 2013, dana ini memberi penumpuan khas dengan konsep stop-gap measure di mana kumpulan sasaran adalah dalam kalangan pelajar yang mendapat Penilaian Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke bawah dan bidang pengajian yang kurang mendapat permintaan daripada industri berdasarkan laporan Sistem Kajian Pengesanan Graduan I (SKPG I).

    Pada tahun 2014, pengurusan dana telah mengalami perubahan di mana syarat jaminan pekerjaan dijadikan syarat utama penilaian permohonan program GE. Semua permohonan perlu mengemukakan surat jaminan pekerjaan daripada syarikat/industri sebagai bukti pelajar yang dilatih akan ditawarkan pekerjaan setelah tamat pengajian/program.

    Selaras dengan pemantapan Pengurusan Dana 2015, pelaksanaan program GE akan menekankan prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan ("National Blue Ocean Strategi" ;NBOS) iaitu :
     
    i.    Rapid Execution
    Program GE yang dilaksanakan mengunakan modul sedia ada dan bersesuaian mengikut templat kluster GE 2015 bagi mempercepatkan pelaksanaan program. KPM mensasarkan sebanyak 70% program GE tahun semasa dilaksanakan selewat-lewatnya Ogos tahun semasa.

    ii.    Low-cost
    Program GE yang dilaksanakan perlu melibatkan perkongsian kos dengan pihak industri daripada aspek kepakaran, kemudahan,wang tunai kepada pelajar dll. Kos pelaksanaan juga perlu munasabah dan menggunakan prinsip memberi nilai untuk wang (value for money).

    iii.    Sustainability
    Program GE perlu lestari dan akan diteruskan pada masa akan datang walaupun tanpa dana GE.

    iv.    Productivity
    Program GE akan dinilai beradasarkan outcome seperti Penempatan kerja, budaya kerja, kemahiran bahasa, jangkaan gaji permulaan dll bergantung kepada kluster program.
  • PROGRAM GE YANG TELAH DILULUSKAN OLEH KPM

    Pelajar-pelajar USIM tahun akhir adalah dipelawa untuk menyertai program Kebolehpasaran Graduan yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut adalah program GE yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar USIM.

    BIL PROGRAM PELAJAR SASARAN STATUS
    1 English for Muslim Scholars Semua fakulti Ditutup
    2 Transformasi Kerjaya Syariah dan Undang-Undang FSU sahaja Ditutup
    3 Pensijilan Pembangunan Kompetensi Mutawwif Semua fakulti Ditutup
    4 Muslim Scholars Development Program (Talaqi Quran & Talaqi Hadith)
    Semua fakulti Ditutup
    5 Secure ICT for Muslim Development Semua fakulti Ditutup
    6 Program Perakaunan Praktikal, Pengauditan, dan Percukaian FEM sahaja Ditutup
  • KAJIAN PENGESANAN GRADUAN KUIM / USIM

    Semua graduan atau pelajar lepasan KUIM / USIM dimohon untuk mengemaskini maklumat peribadi dan status pekerjaan ke dalam dua (2) sistem yang berbeza iaitu:

    PORTAL ALUMNI USIM TRACER STUDY KPM