• LATAR BELAKANG

    Program Kebolehpasaran Graduan atau Graduate Employability (GE) diadakan untuk meningkatkan kebolehpasaran yang dikeluarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan khususnya pelajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini adalah betujuan bagi melengkapkan siswazah dengan nilai tambah agar lebih marketable dan employable di dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa, sekaligus mengurangkan masalah pengangguran dikalangan graduan lepasan universiti


    Pada tahun 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan The National Graduate Employability Blueprint (GEB) 2012-2017 sebagai panduan halatuju (guiding principle) untuk membantu institusi pengajian tinggi (IPT) merangka strategi melahirkan modal insan yang dapat memenuhi permintaan ekonomi sejajar dengan perubahan landskap negara. GEB menjadi panduan kepada pelaksanaan Program dan pemantauan GE di peringkat KPM dan IPT.

    Dana Kebolehpasaran Graduan (Graduate Employability;GE) merupakan salah satu inisiatif bagi memastikan pelajar diberi nilai tambah kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian bagi memastikan pelajar mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian.

    Mulai tahun 2013, dana ini memberi penumpuan khas dengan konsep stop-gap measure di mana kumpulan sasaran adalah dalam kalangan pelajar yang mendapat Penilaian Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke bawah dan bidang pengajian yang kurang mendapat permintaan daripada industri berdasarkan laporan Sistem Kajian Pengesanan Graduan I (SKPG I).

    Pada tahun 2014, pengurusan dana telah mengalami perubahan di mana syarat jaminan pekerjaan dijadikan syarat utama penilaian permohonan program GE. Semua permohonan perlu mengemukakan surat jaminan pekerjaan daripada syarikat/industri sebagai bukti pelajar yang dilatih akan ditawarkan pekerjaan setelah tamat pengajian/program.
  • PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA PROGRAM GE TAHUN 2015

    Kakitangan USIM khususnya Fakulti dan Pusat Kecemerlangan (CoE) adalah dipelawa untuk mengemukakan kertas cadangan program kebolehpasaran graduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk kelulusan. Semua kertas cadangan perlulah dikemukakan kepada Sekretariat GE di Pusat Hubungan Industri dan Pengkomersialan USIM sebelum tarikh tamat permohonan.

    BIL NAMA FAIL MUAT TURUN
    1 Borang Permohonan Dana GE 2015
    2 Template Kertas Kerja Permohonan Dana GE
    3 Senarai Semak Permohonan
    4 Kriteria Permohonan Program GE
    5 Syarat dan Tatacara Permohonan
    6 Carta ALir Proses Kerja
    7 Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Fokal dan Ketua Penyelaras Program
    8 Borang Permohonan bagi Penggunaan Baki Peruntukan 2011 hingga 2013

    Borang permohonan yang lengkap beserta dengan dokumen berkaitan dalam bentuk hardcopy dan softcopy perlulah dihantar kepada:

    PUSAT HUBUNGAN INDUSTRI DAN PENGKOMERSIALAN (PHIP)
    Aras 3, Bangunan Canselori,
    Universiti Sains Islam Malaysia
    Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
    Tel: 06-798 8053 / 8051 / 8107  |  Faks: 06-798 6291
    Email: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. | Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
  • KRITERIA & SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DANA GE 2015

    Terdapat tujuh kriteria yang telah ditetapkan dalam penilaian permohonan program GE mengikut keutamaan iaitu:

    1. Terdapat bukti jaminan graduan mendapat pekerjaan setelah menjalani program;
    2. Kumpulan sasaran ialah pelajar tahun akhir/semester akhir sahaja;
    3. Sasaran peserta adalah bagi pelajar yang mendapat Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) kurang/sama 3.00 dan keutamaan kepada PNGK kurang 2.50;
    4. Program GE tertumpu kepada pelajar daripada bidang pengajian yang mempunyai peratusan GE yang rendah berdasarkan Sistem Laporan Kajian Pengesanan Graduan I (SKPG 1);
    5. Terdapat sumbangan industri daripada segi perkongsian kos pelaksanaan program;
    6. Terdapat bukti permintaan atau unjuran daripada industri; dan
    7. Kandungan program harus mengandungi elemen Graduate Student Attribute (GSA) atau Generic Employability Competencies (GEC).

    Syarat Umum Permohonan GE adalah seperti berikut:

    1. Permohonan terbuka kepada semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
    2. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhak untuk menolak permohonan.

    Tatacara dan Peraturan Permohonan GE adalah seperti berikut:

    1. Pemohon hendaklah menggunakan format kertas cadangan yang telah disediakan. Sebarang permohonan yang tidak menggunakan format yang disediakan tidak akan dinilai;
    2. Semua kertas cadangan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah serta lengkap. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan;
    3. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Pegawai Fokal yang telah dilantik secara rasmi oleh KPM. Hanya satu surat iringan daripada Pegawai Fokal diperlukan bagi semua permohonan daripada institusi/jabatan;
    4. Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Dana tidak boleh memohon;
    5. Permohonan dalam bentuk salinan lembut hendaklah dihantar dalam bentuk salinan asal yang diimbas ke alamat e-mel Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. .
    6. Keputusan adalah muktamad.
    7. Semua permohonan perlu sampai kepada KPM sebelum 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.
  • STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

    Selaras dengan pemantapan Pengurusan Dana 2015, pelaksanaan program GE akan menekankan prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan ("National Blue Ocean Strategi" ;NBOS) iaitu :
     
    i.    Rapid Execution

    Program GE yang dilaksanakan mengunakan modul sedia ada dan bersesuaian mengikut templat kluster GE 2015 bagi mempercepatkan pelaksanaan program. KPM mensasarkan sebanyak 70% program GE tahun semasa dilaksanakan selewat-lewatnya Ogos tahun semasa.

    ii.    Low-cost

    Program GE yang dilaksanakan perlu melibatkan perkongsian kos dengan pihak industri daripada aspek kepakaran, kemudahan,wang tunai kepada pelajar dll. Kos pelaksanaan juga perlu munasabah dan menggunakan prinsip memberi nilai untuk wang (value for money).

    iii.    Sustainability

    Program GE perlu lestari dan akan diteruskan pada masa akan datang walaupun tanpa dana GE.

    iv.    Productivity

    Program GE akan dinilai beradasarkan outcome seperti Penempatan kerja, budaya kerja, kemahiran bahasa, jangkaan gaji permulaan dll bergantung kepada kluster program.
  • PROGRAM GE YANG TELAH DILULUSKAN OLEH KPM

    Pelajar-pelajar USIM tahun akhir adalah dipelawa untuk menyertai program Kebolehpasaran Graduan yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut adalah program GE yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar USIM.

    BIL PROGRAM PELAJAR SASARAN STATUS
    1 English for Muslim Scholars Semua fakulti DITUTUP
    2 Transformasi Kerjaya Syariah dan Undang-Undang FSU sahaja DITUTUP
    3 Pensijilan Pembangunan Kompetensi Mutawwif Semua fakulti DITUTUP
    4 Muslim Scholars Development Program (Talaqi Quran & Talaqi Hadith)
    Semua fakulti DITUTUP
    5 Secure ICT for Muslim Development Semua fakulti DITUTUP
    6 Program Perakaunan Praktikal, Pengauditan, dan Percukaian FEM sahaja DITUTUP
  • TARIKH-TARIKH PENTING

    Kakitangan USIM yang berminat untuk memohon dana program GE perlu mengambil perhatian berhubung tarikh-tarikh penting seperti berikut:

    BIL PERKARA TARIKH MULA
    TARIKH TAMAT
    1 Penyediaan Kertas Cadangan 2 Januari 2015 19 Februari 2015
    2 Taklimat Program GE 9 Januari 2015 9 Januari 2015
    3 Semakan Urusetia GE PHIP
    20 Februari 2015 22 Februari 2015
    4 Mesyuarat Penilaian 23 Februari 2015 23 Februari 2015
    5 Pembaikian Kertas Cadangan 23 Februari 2015 25 Februari 2015
    6 Pengumpulan Kertas Cadangan di PHIP 26 Februari 2015 26 Februari 2015
    7 Penghantaran Kertas Cadangan ke KPM 27 Februari 2015 27 Februari 2015