CEO@Faculty

/CEO@Faculty
CEO@Faculty 2020-01-14T16:55:15+00:00

Pengenalan Ceo@Faculty

AIxCHANGE: CEO FACULTY  PROGRAMME 1.0 “LEARN FROM THE PROS” (CEO FP) adalah merupakan satu program yang telah diperkenalkan di Universiti-Universiti awam dan telah dilancarkan oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia pada 7 April 2015 berpandukan Pelan Tindakan Pendidikan Malaysia (Malaysia Education Blueprint) 2015-2025. Program ini dilaksanakan bagi menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan dan kepakaran yang boleh dimanfaat secara bersama antara pihak akademia dan industri. Program ini melibatkan tokoh-tokoh terkemuka dari syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat multinasional (MNC) yang akan menyumbang perkongsian pengalaman dan kepakaran kepada warga universiti.

Harapan keberhasilan gelombang pertama bagi tahun 2015 di dalam Pelan Tindakan Pendidikan Malaysia (Malaysia Education Blueprint) 2015-2025 ialah untuk membina momentum dan mendasari asas melalui satu program baharu yang diperkenalkan di universiti-universiti awam yang dinamakan CEO Faculty Programme (CFP). Program ini akan menggarap kepakaran dan pengalaman daripada pemain industri terpilih untuk memberi ceramah dan menyampaikan pengetahuan kepada warga Universiti secara total, terus dan komprehensif.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan USIM sebagai universiti penganjur bagi 3 orang Tokoh Industri yang terpilih iaitu:-

Bil Nama CFP Jawatan Penempatan
1 YBhg Datuk Dr Syed Muhammad Syed Abdul Kadir Pengerusi Sunlife Malaysia Fakuti Ekonomi & Muamalat (FEM)
2 YBhg Datuk Dr Md Hamzah Bin Md Kassim Pengerusi Hong Leong Islamic Bank Fakulti Kepimpinan & Pengurusan
3 YBrs En Azmir Bin Jaafar Pengarah Urusan McDonalds Malaysia Fakulti Sains & Teknologi

Diharapkan Jalinan kerjasama antara USIM dan 3 Industri tersebut akan berkekalan dan mampu memberikan impak yang positif dalam program penglibatan masyarakat, perkembangan ilmu, pembangunan modal insan serta perkongsian kepakaran demi kepentingan ummah sejagat.