Info PLiMJI

/Info PLiMJI
Info PLiMJI 2020-08-25T09:46:01+00:00

Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) telah ditubuhkan pada 1 Mac 2018 sebelum ini dikenali sebagai Pusat Hubungan Industri dan Khidmat (PHIK) yang ditubuhkan pada 1 Ogos 2008 dan Pusat Hubungan Industri dan Pengkomersialan (PHIP) yang ditubuhkan pada Mac 2010. Kemudiannya ditukar nama kepada Pusat Inovasi, Jaringan Industri dan Jaringan Masyarakat (PIJIM) pada awal 2013. Oleh kerana libasatama masyarakat diutamakan oleh USIM selaras dengan aspirasi Kampus Barakah, maka nama serta skop tanggungjawab telah ditukar kepada Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI).

Bil Nama Singkatan Tarikh Penubuhan
1 Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri PLiMJI 1 Mac 2018
2 Pusat Inovasi, Jaringan Industri dan Masyarakat PIJIM 7 Julai 2015
3 Pusat Hubungan Industri dan Pengkomersialan PHIP 1 Mac 2010
4 Pusat Hubungan Industri dan Khidmat PHK 1 Ogos 2008

Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) mempunyai dua portfolio utama iaitu Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri. Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) berfungsi sebagai satu Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang ditubuhkan bagi menyelaraskan jaringan diantara pihak berikut iaitu Universiti-Masyarakat, Industri dan Kerajaan (Quadruple Helix). Penyelarasan ini perlu supaya kerjasama strategik dengan pihak tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berpusat.

Portfolio Libatsama Masyarakat merangkumi aktiviti keurusetiaan MoU/MoA antara USIM dan masyarakat (NGO/Persatuan/Penduduk Setempat). Sementara portfolio Jaringan Industri dan Kerajaan memfokus kepada aktiviti perundingan, penyelarasan latihan industri, MoU/MoA, sangkutan kakitangan akademik di industri dan keurusetiaan Bahagian Hubungan Industri (BHI),KPM.