PENGENALAN
Program Kebolehpasaran Graduan atau Graduate Employability (GE) diadakan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan yang dikeluarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan khususnya pelajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini adalah betujuan bagi melengkapkan siswazah dengan nilai tambah agar lebih marketable dan employable di dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa, sekaligus mengurangkan masalah pengangguran dikalangan graduan lepasan universiti

Pada tahun 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan The National Graduate Employability Blueprint (GEB) 2012-2017 sebagai panduan halatuju (guiding principle) untuk membantu institusi pengajian tinggi (IPT) merangka strategi melahirkan modal insan yang dapat memenuhi permintaan ekonomi sejajar dengan perubahan landskap negara. GEB menjadi panduan kepada pelaksanaan Program dan pemantauan GE di peringkat KPM dan IPT.