23 Ogos 2022 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Nurflix Productions Sdn. Bhd.Melalui MoU ini, USIM dan Nurflix bekerjasama untuk menghasilkan sebuah dokumentari bagi merungkai rahsia berkaitan Al-Quran dan Sains yang akan melibatkan penyelidik-penyelidik dalam kalangan akademik universiti.Majlis tersebut dimeterai oleh Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM dan bersaksikan Dekan FKP, Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Kasmani. Manakala dari pihak Nurflix Productions Sdn. Bhd, diwakili Encik Syah Rizal Bin Mohamed, CEO Nurflix dan Datuk Hj Abdul Rahim Bin Abdullah, Penasihat Korporat Nurflix. Syabas dan Tahniah.