22 Ogos 2022 – Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) USIM bersama Nestle Products Sdn. Bhd melalui kerjasama Institut Fatwa dan Halal – IFFAH USIM yang telah berlangsung pada 22 Ogos 2022, Isnin di Hotel Tenera, Bangi.Majlis tersebut dimeterai oleh Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM bersaksikan Pengarah IFFAH, Prof. Dr. Irwan Mohd Subri. Manakala dari pihak Nestle Products Sdn. Bhd diwakili oleh Dato’ Adnan Pawanteh selaku Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan Nestle Malaysia serta Ketua Hal Ehwal Halal Nestle Malaysia, En. Othman Md. Yusoff.Menerusi pelaksanaan Program “Halal@School with Nestle” ianya memberi pengetahuan dan kesedaran berkaitan keperluan kepada pemakanan halal serta kepentingan amalan gaya hidup sihat kepada pelajar sekolah. Tahniah diucapkan.