Pelajar perlu mengambil inisiatif sendiri untuk berusaha membantu penyeliamengisi maklumat sistem eLI:
- Duduk bersama penyelia untuk mengajar penyelia mengisi borang eLI.
- Print ‘User Manual’ Sitem eLI dan tunjuk ajar kepada penyelia
Sila tekan icon “Send Email” pada skrin Penyelia;
Pastikan anda memasukan email dengan betul. Contoh kesilapan yang dilakukan oleh pelajar zuraida@jakim.gov (tertinggal @gov.my);
Minta penyelia check SPAM Box. Kemungkinan sesetengah webmail akan memindahkan email daripada sistem eLI ke dalam SPAM Box kerana dalam email tersebut ada Link URL ke Sistem eLI; atau
Minta email alternatif lain seperti Yahoo! Mail atau Gmail. Pelajar perlu edit maklumat penyelia dengan memasukkan email baru. (AWAS! Penipuan alamat email menggunakan email peribadi pelajar akan diambil tindakan)
Ambil inisiatif untuk membawa ‘broadband’ masing-masing untuk digunakan oleh penyelia di industri. Elakkan mengambil alasan negatif dan ambil tindakan proaktif.
Penilaian secara manual menggunakan borang adalah tidak digalakkan kerana ia sukar direkodkan di dalam sistem dan kemungkinan menyebabkan keciciran markah pelajar.
Sekiranya penyelia bertegas untuk mendapatkan borang manual, pelajar boleh memperolehinya daripada penyelia USIM yang akan hadir menyelia.
Sila buat laporan di dalam Microsoft Word atau catatan di tempat lain dahulu. Selepas sistem eLI kembali berfungsi dengan normal, pelajar boleh “Copy and paste” laporan tersebut ke dalam Sistem eLI.
Pertukaran tempat LI adalah TIDAK DIBENARKAN. Sekiranya pelajar ingin memohon pertukaran, sila buat surat permohonan kepada Fakulti (Dekan/Ketua Program) dan hantar salinan yang telah diperakui oleh Fakulti kepada PLiMJI untuk direkodkan dalam sistem.
Pindaan tarikh mula/tamat adalah tidak dibenarkan kerana menjejaskan tarikh penilaian penyelia USIM. Sekiranya pelajar terpaksa menukar tarikh, sila buat surat kepada Fakulti (Dekan/Ketua Program) dan hantar salinan surat yang telah diperakui kepada PLiMJI untuk direkodkan.
MAKLUMAT INSURANS TAKAFUL
Perlindungan Insurans Takaful kepada pelajar USIM yang menjalani latihan industri (bagi warganegara Malaysia)
ITEM | MANFAAT |
---|---|
Kematian | RM 15 000.00 |
Keilatan Total Kekal | RM 15 000.00 (Sebab Kemalangan) |
Perbelanjaan Pengebumian | RM 2000.00 |
Kemasukan ke Hospital | RM 25.00 sehari (maksimum 30 hari) |
Elaun Ragut | RM 500.00 |
NOTA
Sah untuk tempoh perlindungan sahaja berdasarkan kepada caruman tahunan sebanyak RM15.16 seorang.
Perlindungan insurans bagi pelajar antarabangsa adalah berbeza.
Maklumat lanjut dan tatacara tuntutan insurans takaful boleh dirujuk kepada Unit Penajaan, Kebajikan dan Tatatertib, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) USIM.

